Tuesday 3 September 2013

Adat Perkahwinan Tradisional Masyarakat Cina


          Dalam masyarakat Cina, perkahwinan dipilih berdasarkan keperluan untuk pembiakan, nama baik keluarga serta keperluan bapa dan suaminya.

          Terdapat beberapa langkah dalam adat perkahwinan yang dipatuhi oleh kaum Cina. Antaranya termasuklah :

      1.      Pinangan
Ibu bapa seorang anak lelaki yang menentukan bakal menantu perempuan akan mencari tukang risik dalam proses meminang. Perbuatan ini adalah untuk mengurangkan konflik serta rasa malu ketika membincangkan kemungkinan perkahwinan antara dua buah keluarga yang biasanya tidak rapat atau tidak dikenali langsung.

      2.      Pembandingan hari jadi
Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah pinangan itu, tukang risik akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut. Jika pasangan itu sesuai menurut astrologi Cina, mereka akan meneruskan langkah yang berikut.

      3.      Harga pengantin perempuan
Keluarga anak lelaki akan menghantar tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan kepada keluarga bakal pengantin perempuan.



      4.      Penyampaian hadiah perkahwinan
Hadiah perkahwinan bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga.

      5.      Pemilihan hari
Takwim Cina akan dirujuk untuk menetapkan hari yang bertuah dan sesuai untuk pasangan tersebut.

      6.      Upacara perkahwinan  ( Perarakan perkahwinan )
Perarakan perkahwinan dijalankan dari rumah pengantin perempuan bergerak ke rumah pengantin lelaki bersama dengan hantaran kahwin dalam bentuk wang.

      7.      Upacara perkahwinan sebenar
Pasangan akan memberi penghormatan kepada syurga dan bumi, ibu bapa pengantin lelaki serta antara satu sama lain.

      8.      Jamuan


Jamuan perkahwinan dikenali sebagai ‘xi-jiu’ yang bermaksud wain kegembiraan akan   diadakan. Para tetamu yang hadir biasanya memakai pakaian yang berwarna cerah dan mengelakkan pakaian berwarna gelap. Mereka akan dihidangkan dengan pelbagai hidangan yang enak dan membawa maksud yang baik. Ada juga upacara seperti menuang wain atau teh untuk ibu bapa, pasangan dan juga para tetamu. Para tetamu pula akan memberikan ‘angpau’ sebagai tanda restu kepada pasangan tersebut.

1 comment:

  1. hye dear.. can i know where do you get this info?? if u dont mind can u share the links

    ReplyDelete